Make your own free website on Tripod.com


Kemahiran menyediakan laman Web mudah dipelajari. Mulakan dengan memahami asas untuk merekabentuk, kemudian faham tentang HTML dan istilah arahan yang digunakan. Lihat laman Web orang lain dan cuba fahami istilah arahan yang digunakannya.

Sebelum berhadapan dengan PC untuk menulis arahan HTML, rancangkan di atas kertas dahulu. Pastikan bahan-bahan yang hendak dipaparkan mencukupi. Teks, fail grafik dan input lain sudah disediakan/dikenalpasti. Fikirkan tentang speks seperti warna, saiz teks/column, format center atau bold dan lain-lain. Draf layout dengan mencatat arahan HTML yang boleh digunakan bagi setiap input.

Sudah sedia untuk menaip HTML? Pilih perisian word processor yang anda mahir. Taip draf dan jangan hiraukan tentang text format. Setelah siap, save as type dokumen itu sebagai text only dengan meletakkan nama fail NAMAFAIL.html atau NAMAFAIL.htm.

Akhirnya dapatkan bantuan untuk menempatkan fail *.html ini di mana mana server yang sesuai. Wah! Pasti itu kejayaan pertama dan ia harus disusuli dengan dokumen *.html yang lain lagi. Teruskan membentuk daya kreativiti sendiri dengan bersedia untuk menghubungkan laman Web yang disediakan dengan lebih banyak laman Web orang lain.


Bantuan mula yang disediakan:

Template HTML tag yang mudah dan ringkas.
Rujukan untuk kod warna bagi teks, warna laman, dan lain-lain.
Koleksi grafik untuk laman Web.
Koleksi muzik untuk mereka yang lebih mahir dengan penyediaan laman Web.
Free WebServer.
Shokri's Home Page.


Laman Web ini disediakan oleh: M.SHOKRI YAHAYA
Dikemaskini pada: 250698